Advertisement
ila sebut tentang penyedia internet untuk rumah, beberapa jenama internet pasti bermain di fikiran anda. Namun, antara yang terbaik, terutamanya bagi kondominium dan apartmen semestinya. Kita semua sudah tahu, sambungan internet yang pantas adalah syarat untuk pelan internet yang baik. Namun, kenapa adalah antara yang menjadi pilihan untuk kondominium dan apartmen di Malaysia?
3 Sebab Mengapa TIME Internet Adalah Pilihan Terbaik
Apabila sebut tentang penyedia internet untuk rumah, beberapa jenama internet pasti bermain di fikiran anda. Namun, antara yang terbaik, terutamanya bagi kondominium dan apartmen semestinya TIME Internet.
Kita semua sudah tahu, sambungan internet yang pantas adalah syarat untuk pelan internet yang baik. Namun, kenapa TIME adalah antara yang menjadi pilihan untuk kondominium dan apartmen di Malaysia?
1) Harga mampu milik dan lebih nilai
Bayaran bulanan Netflix, yuran selenggara, bayaran balik bulanan dan banyak lagi adalah sebahagian daripada komitmen bulanan untuk rumah anda. Tambah pula pada senarai tersebut adalah bil internet. Ada yang berpendapat dan bergantung kepada data internet pada telefon bimbit. Namun untuk jangka masa yang lama, mempunyai Wi-Fi sendiri di rumah masih adalah pilihan yang terbaik.
Dengan jumlah gajet yang kebanyakannya bergantung kepada internet (telefon bimbit, konsol permainan, TV, tablet dan hinggalah jam pintar), pelan TIME bermula daripada RM99 sebulan untuk kelajuan 100 Mbps, yang mana adalah pilihan terbaik untuk digunakan di rumah bagi penggunaan internet yang banyak.
Tambahan pula, pelan internet TIME juga turut hadir dengan kuota muat turun tanpa had, jadi anda boleh dapatkan cerita kegemaran anda, permainan, aplikasi dan banyak lagi di hanya semudah di hujung jari.
2) Kelajuan jalur lebar konsisten
Pernah tak anda sedang bermain game, tiba-tiba sambungan internet menjadi perlahan dan akhirnya mendapat amaran “sambungan tidak stabil”?
Mesti tak ada mood bila terpaksa berdepan dengan kelajuan internet yang tidak konsisten, tambah pula nak menonton video di YouTube yang tersangkut-sangkut dan terpaksa merendahkan kualiti sehingga 144p.
Mengikut Ookla®, TIME memegang skor tertinggi yang konsisten di Malaysia untuk jalur lebar dari Q1 2020 hingga Q1 2022, dengan tahap skor konsisten terkini pada 87.4 yang diukur dengan sekurang-kurangnya kelajuan muat turun 25 Mbps dan kelajuan muat naik 3 Mbps.
Apakah maksud semua ini? Dengan TIME, anda boleh menikmati internet yang konsisten di mana sahaja dalam rumah anda. Tak perlu risau lagi tentang kelajuan sambungan yang terjejas di beberapa kawasan dalam rumah, terutamanya tandas.
3) Menyediakan 100% kabel Optik Fibre
Satu lagi yang menarik mengenai TIME adalah mereka menyediakan rangkaian 100% menggunakan kabel optik fiber untuk memindahkan data dengan lebih laju berbanding kabel tradisional yang menggunakan tembaga. Dengan kabel optik fiber, anda boleh mengakses internet yang lebih laju dengan tahap stabiliti yang lebih baik.
Untuk keluarga dan isi rumah yang menggunakan internet yang banyak, ini bererti waktu bermain game digital (gaming) dan strim kandungan internet yang lebih baik, muat turun yang lebih laju, dan juga mampu untuk memberikan sambungan internet yang baik untuk beberapa peranti sekali gus supaya sambungan anda tidak lagi tergendala ketika melayari internet
Jadi, jika dibandingkan dengan penyedia internet yang lain, TIME memberikan nilai Mbps yang terbaik untuk rumah anda berdasarkan harga sama yang ditawarkan oleh pesaing di luar sana.
Mbps ataupun dirujuk sebagai Megabit per saat, adalah unit ukuran untuk kelajuan muat turun dan muat naik. Lebih tinggi Mbps, lebih lancar dan pantaslah sambungan Wi-Fi anda.