Advertisement
Penting ke tak awning rumah? Ikutkan cuaca dan budaya masyarakat di Malaysia, boleh kata wajib adalah! Orang kita tak mesti cari matahari juga untuk jemur baju. Jadi kenalah ambil tahu, senang kalau nak pasang dan tak kena tipu. Jom kita tengok apa yang penting!
Apa Itu Awning Rumah?
Awning rumah bermaksud bumbung atau atap tambahan yang berfungsi untuk melindungi kawasan rumah anda daripada haba cahaya matahari atau basah air hujan.
Ada banyak jenis awning rumah yang mungkin sesuai dengan bajet anda seperti aluminium composite panel, pergola, glass, polycarbonated dan metal deck.
Setiap jenis awning ada kelebihan, kekurangan dan tahap kedayatahanan masing-masing bergantung pada keadaan port pemasangan awning tersebut.
Biasanya, ia dipasang di hadapan rumah sebagai garaj kereta, belakang rumah atau sisi rumah.
Apa Kelebihan Mempunyai Awning Di Rumah?
Terdapat banyak kelebihan memasang awning di rumah yang boleh kita pertimbangkan. Salah satunya adalah awning ini membenarkan anda memanfaatkan lebih banyak masa di patio, yang boleh menjadi tempat berteduh ketika cuaca panas atau hujan lebat, redup dan tenang je nak berehat.
Awning ini juga membantu menurunkan suhu di dalam rumah dengan mengurangkan silau langsung dari matahari, di samping menjimatkan kos bil elektrik (tak perlulah anda menggunakan terlalu banyak penghawa dingin).
5 Jenis Awning Rumah Yang Ada di Malaysia
1. Aluminium
Tak kisah pasal design asalkan boleh pakai untuk long-term? Aluminium adalah pilihan paling tepat sebab ia boleh tahan sampai 20 tahun tau!
Walaupun tiada unsur high-class, kualitinya tip top! Ada yang jenis melengkung, rata atau berongga. Selain tebal, ia juga kukuh nak hadap bahang matahari atau curahan air hujan.
Aluminium Composite Panel antara yang terkenal kerana mempunyai banyak warna, design dan berkualiti tinggi. Harganya juga mestilah masing-masing berbeza tetapi, masih berpatutan.
2. Pergola
Nampak macam kayu, rupa-rupanya besi! Helah inilah antara faktor kenapa pergola menjadi trend masyarakat di Malaysia walaupun design dia cuma leper.
Dengan sedikit kombinasi polycarbonate atau plastik dalam pergola, barulah redup sikit kawasan rumah anda nanti. Tak hairanlah ia selalu dipasang di ruang untuk bersantai.
3. Polycarbonated
Kelebihan polycarbonated awning adalah ia jernih dan tak tapis cahaya, sesuai sangat jika anda mencari awning yang tidak redup. Kalau jemur baju, confirm cepat kering!
Walaupun ia ringan dan transparent, tiada bunyi bising semasa hujan lebat tau. Cuma, kesan tompokan daripada curahan air hujan memang tak dapat nak elak.
Polycarbonated juga tahan lasak dengan suhu paling tinggi dan paling rendah. Boleh guna sehingga 10 tahun bergantung pada jenis sama ada solid atau emboss.
4. Metal Deck
Sudahlah bising, tak begitu kukuh pula! Hairan kenapa masih ramai yang guna atap zink ini sebagai awning? Siapa saja yang tak nak harga murah! Nak cari memang mudah.
Orang Malaysiakan suka benda yang berwarna-warni. Sudah tentulah metal deck menjadi pujaan ramai. Merah, biru, kelabu, hijau? Semua ada!
5. Kaca/Glass
Tampak mewah dan classy antara ciri awning jenis kaca. Harganya agak mahal bermula dengan RM40 sekaki sesuai dengan kualitinya.
Awning jenis tempered glass ini datang dalam dua bentuk, rata dan melengkung. Ketahanannya juga mantap! Kaca tidak akan jatuh berderai sekiranya pecah dengan sokongan Polyvinyl Butyral (PVB).
Awning kaca tidak mudah rosak dan fleksibel dari segi corak, tekstur dan warna. Tetapi, kalau bajet ciput, tak digalakkan sangat! Nak jaga perlukan duit.
Dah ada idea nak pasang awning jenis macam mana? Jom kami kongsikan pula design awning rumah terkini yang klasik, moden dan kontemporari!
Akhir sekali, ia dapat memberi lebih privasi, terlindung dari rumah jiran berhampiran. Ini adalah antara sebab yang baik untuk mempertimbangkan pemasangan awning.
Tapi, sebelum pemasangan dilakukan anda harus memikirkan dengan teliti tentang kawasan di mana awning akan diletak, serta buat pengukuran dengan baik untuk mengetahui saiz yang tepat.
Eh, tapi boleh ke pasang awning sesuka hati? Macam mana pula kalau jenis rumah yang perlu mendapatkan persetujuan bersama seperti townhouse atau apartment?
Jangan risau, ini Malaysialah! Mestilah ada panduan dan undang-undang perumahan mengikut negeri. Jom tengok!