Advertisement
Sekarang kita tengok cara nak bunuh pepijat menggunakan petua tradisional pulak. Selain dari membunuh, semua petua ni pun dapat mengurangkan dan mencegah infestasi pepijat dalam rumah anda.
1) Jemur tengah panas
Semua barang yang ada kat dalam rumah anda yang boleh dijadikan tempat pepijat berlindung, kena selalu jemur di tengah panas, sebab pepijat akan terus jadi lemah bila terkena matahari terik.
Lagi bagus kalau boleh jemur sekali semua perabut yang dah kena hinggap pepijat, so serangga tak boleh nak lari pergi tempat lain dah.
2) Rendam dalam air panas
Bila tau je ada pepijat, terus ambil semua baju, cadar, sarung tilam dan mana-mana kain yang dah terkena tu, dan pergi rendam dalam air panas yang melebihi 70 darjah Celcius.
Kalau dah rendam panas-panas tu, pepijat dan telur semua akan mati, kalau tak, habis dalam mesin basuh pulak ada pepijat tu!
3) Kulit durian
Ada yang kata bau dari kulit buah durian tu boleh menghalau pepijat. Kalau musim durian memang senang lah, lepas makan tu, ambil kulit durian pastu letak kat bawah katil atau mana-mana perabot yang rasanya pepijat duk bersarang.
Tapi, kalau anda sendiri pun tak boleh bau durian, mungkin ini bukan petua untuk anda. Nanti pepijat tak lari, anda yang lari dulu!
4) Kulit limau nipis
Kalau tak suka bau durian, boleh lah cuba petua yang ni pulak. Kulit limau nipis pun boleh menghalau pepijat, so hiris je limau nipis tu banyak-banyak lepas tu letak di semua tempat yang anda rasa ada pepijat. Harum jugak rumah kan, kalau nak banding letak kulit durian tu.
5) Batang serai
Batang serai pun boleh juga digunakan. Mana tau ada yang terlebih selepas masak tom yam kan! Haaaa tumbuk je batang serai tu bagi pecah-pecah untuk keluarkan bau serai.
Lepas tu, letak lah di bawah perabot, bawah katil, bawah tilam atau nak letak bawah bantal pun boleh. Janji pepijat tu semua lari bila bau serai tu.
6) Gel silika
Gel silika yang selalunya terdapat dalam bungkusan seperti kotak kasut bukan setakat untuk menyerap kelembapan tempat simpan, tapi boleh juga diguna untuk membunuh pepijat!
Taburkan gel silika di kawasan sarang pepijat dan pepijat akan mati akibat dehidrasi kerana cecair dah diserap oleh gel tu.
Itu je beberapa cara dan petua yang sempat kami kongsikan untuk anda yang ada masalah pepijat.
Apa-apa pun, anda mesti selalu dengar yang mencegah tu lebih baik dari mengubati, jadi kenalah rajin-rajin kemas rumah, jangan bagi bersepah-sepah, lagi-lagi kalau banyak guna perabot kayu.
Lepas itu, kena jugak vakum semua karpet, tempat yang nampak ada rekahan tu guna vakum berkuasa tinggi.
Tilam pula balutlah dengan cadar tahan pepijat (bed bug-proof cover), sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan peluang untuk pepijat bersarang kat tilam rumah tu.
Bila tak ada pepijat, serius rumah akan rasa lebih aman dan bersih. Tapi, kalau dah terkena tu nak buat macam mana kan. Semoga cara-cara kat atas ni dapat membantu anda!